Aktiviti Mengenali Laman Sosial mengisi Aktiviti Cuti Persekolahan Di Pusat Internet Napoh.
2 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniLaman sosial adalah salah satu laman yang wajib dimiliki oleh para remaja pada masa kini. Tanpa memiliki laman social sendiri mereka dianggap ketinggalan dalam dunia ICT kini. Oleh itu, Pihak Pusat Internet Napoh mengadakan aktiviti membina laman Sosial kepada para remaja yang belum memiliki laman sosial ini.
Namun, selaras dengan aktiviti membina laman social ini pihak pusat internet juga mengadakan sedikit penerangan mengenai faedah memiliki laman sosial dan keburukanya sekiranya mereka menyalahgunakan kemudahan yang ada. Oleh itu, bagi mengelakkan penyalahgunaan yang membawa pelbagai keburukan aktiviti KDB juga diadakan bersama mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: