Program Latihan Pembangunan Keusahawanan Pusat Internet 2018
23 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniBertempat di The Jerai Hotel Alor Setar, Kedah telah berlangsung satu program latihan pembangunan keusahawanan pusat internet yang dihadiri oleh staf pusat internet Negeri Kedah dibawah seliaan Nera Infocom dan syarikat telco maxis. Seramai 14 orang peserta telah hadir. Program ini juga telah dikendalikan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan.
Program yang berlangsung selama dua hari ini telah memuatkan module pembelajaran ke arah keusahawanan iaitu “mengenalpasti peluang perniagaan dan juga kaedah pembangunan laman web. Oleh itu, kandungan kursus yang telah di rancang ini diharap dapat memberikan penambahbaikan dan meningkatkan kemahiran staf pusat internet untuk digunakan bersama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: