Program Kembara Merdeka@PKD Napoh
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniProgram kembara merdeka telah diadakan di dataran PKD Napoh pada 24 ogos yang lalu bersempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun. Program ini telah disertai oleh 355 orang peserta dari pelbagai bangsa yang memulakan pengembaraan bermotosikal bermula dari Dataran Tanah Merah Jitra ke PKD Napoh. Mereka menaiki motosikal sejauh 126 kilometer meliputi seluruh Kubang Pasu sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Program ini diadakan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan mengeratkan hubungan diantara pelbagai bangsa dan keturunan yang terdapat di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Yb. Pn. Hjh. Halimaton Shaadiah Saad, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Adun Bukit Kayu Hitam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: