E-Usahawan Giat Mara Alor Setar
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniKursus e-usahawan pada kali ini diadakan bersama para pelatih Giat Mara Alor Setar, dengan gabungan tenaga pengajar dari pelbagai pusat internet iaitu, Pusat Internet Napoh, Jerlun, Kodiang, Pokok Sena dan Gunung Hilir dalam melancarkan program bersama ini. Kursus online marketing adalah kursus yang mendedahkan para pelajar mengenai kaedah perniagaan secara online dengan mengunakan platform media sosial sebagai agen mempromosi dan menempatkan produk jualan.
Pelatih Giat Mara adalah para pelatih yang mempelajari pelbagai kursus kemahiran seperti pastries, fesyen dan lain-lain lagi oleh itu mereka adalah digalakkan untuk memulakan perniagaan produk masing-masing secara di atas talian dengan mempelajarai asasnya di dalam kelas yang disediakan ini. Kelas yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi ini berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: