Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPDP Ke Pusat Internet
23 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniLawatan kerja Ybrs. Encik Mazmalek bin Mohamad, Ketua Pengarah JPDP ke Pusat Internet Gunung Hilir (PIM), Kedah. Turut hadir bersama Puan Sharliza Saary, Penolong Pengarah SKMM Pejabat Negeri Kedah. Jabatan melalui kerja sama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi menjadikan projek perintis ini sebagai platform terbaik dalam menyampaikan dasar Kerajaan kepada rakyat khususnya mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
PIM merupakan barisan hadapan yang dilatih dan paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar yang melibatkan ushawan-usahawan, pusat latihan dan sekolah-sekolah terpilih. Diharapkan usaha ini dapat membantu memperkasakan komuniti digital di luar bandar. Lawatan kerja yang singkat ini dilakukan pada 22 Jun yang lalu selama 2 jam bermula pukul sepuluh pagi dan berakhir jam duabelas tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: