Kursus Travel Privilege Card (Malaysia)
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari yang lalu bertempat di Pusat Internet Belimbing Kanan, Kuala Nerang telah berlangsung kursus Travel Privilage Card yang telah diberi taklimat oleh pihak Tourism Penang. Kandungan kursus ini adalah menerangkan tentang kelebihan dalam penggunaan kad pelancongan yang dikenali sebagai “Travel privilege card” kepada para pelancong dalam dan luar negara dimana mereka akan mendapat potongan harga ditempat-tempat pelancongan yang telah terpilih.
Kad tersebut dijual pada harga RM 30.00 dan mempunyai tempoh sah laku selama setahun. Kami dipusat internet perlu memasarkan kad tersebut kepada para pelancong yang berminat untuk melancong di dalam negara dengan menggalakkan mereka mengunakna kad tersebut yang mempunyai potongan harga yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: