Kelas ICT Individu
20 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Napoh masih menjalankan latihan ICT kepada penduduk sekitar berdasarkan SOP yang telah ditetapkan disepanjang waktu PKPP ini. Oleh itu juga para pelajar juga diwajibkan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan ketika berada di Pusat Internet. Untuk pertamakalinya semenjak pengoperasian semula Pusat Internet pada 19 Jun yang lalu telah berlangsungnya Kelas ICT yang dijalankan secara individu selama setengah jam sahaja iaitu mengikut garis paduan yang telah ditetapkan.
Kelas yang berlangsung ini bermula pada pukul 11.00pagi dan berakhir pada pukul 11.30pagi. Kandungan latihan yang diringkaskan ini adalah mengenali internet, emel dan pengunaan ms word. Disepanjang waktu PKPP ini kebanyakan para pelajar harus menyiapkan tugasan secara online. Oleh itu, pihak pusat internet membimbing para pelajar yang kurang berpengetahuan ICT untuk menjalankan latihan secara individu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: