Kelas ICT Individu
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT individu telah diadakan pada 18 Julai yang lalu bersama Staf dari Pusat Aktiviti Warga Emas, Napoh. Kandungan kelas ini adalah Microsoft Excel bagi menempatkan data-data mengenai aktiviti dan penglibatan di Pusat Aktiviti tersebut. Kelas Individu ini diadakan pada masa sekarang bagi mengelak penularan wabak cov-19 yang masih belum reda dan dalam peringkat pemulihan. Kelas yang diadakan selama sejam ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi telah memampatkan kandungan kursus yang ringkas tetapi padat iaitu lanjutan ms excel yang lebih advance. Oleh itu, pelbagai kelas lain akan turut diadakan bergantung kepada sambutan oleh komuniti setempat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: