Bicara KDB Tidak Pasti Jangan Kongsi
11 November 2021 | Aktiviti TerkiniBicara KDB yang bertajuk Tidak Pasti Jangan Kongsi telah diadakan secara online menggunakan Google Meet bersama beberapa buah sekolah di sekitar Kubang Pasu dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Tunku Bendahara. Program yang digabungkan bersama Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Sekolah Menengah Megat Dewa dan Sekolah Menengah Pulau Nyior telah diadakan selama satu jam dengan membawakan panel jemputan dari PIK Kodiang, Jerlun dan Napoh untuk mengupas isu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Program yang telah dihadiri oleh 70 orang murid ini telah dijayakan dengan sempurna oleh PIK Terlibat dengan bertujuan dapat membudayakan pengunaan internet yang berkhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: