Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (fasa 4) Pusat Internet Kedah Dan Selangor
5 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 dan 4 April yang lalu telah diadakan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi fasa 4 bagi seluruh Pusat Internet Komuniti Kedah dan Selangor di bawah seliaan Nera Infocom Sdn Bhd. Pada 3 April adalah latihan bersama pengurus Pusat internet Komuniti dan 4 April pula diadakan bersama Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti. Modul latihan pada kali ini adalah “Business Model Canvas” yang mendedahkan kaedah memulakan perniagaan dari awal sehinggalah cara untuk mengekalkannya. Latihan ini diadakan bersama seluruh staf PIK negeri kedah dan Selangor di bawah seliaan Nera Infocom Sdn Bhd dengan mengunakan platform Googlemeet yang bermula pada pukul 9.00pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Program ini dikendalikan bersama pihak UMK. Latihan ini bukan sahaja bertujuan menambah ilmu sedia ada kepada staf PIK tetapi juga untuk dimanfaatkan bersama seluruh komuniti setempat khususnya usahawan-usahawan PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: