Tutorial Mengedit Gambar
25 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas tutorial mengedit gambar diadakan dengan mengunakan aplikasi cleanup.pictures untuk mengedit gambar yang mana ianya untuk membuang sesuatu objek yang tidak diperlukan di dalam sesebuah gambar tanpa merosakkan keadaan gambar asal. Kaedah ini bukan sahaja mudah untuk digunakan tetapi kaedah ini menjimatkan masa sekiranya anda mempunyai sesuatu gambar tetapi pada masa yang sama anda tidak memerlukan sesuatu objek berada bersama di dalam gambar tersebut. Jadi anda tidak perlulah untuk mengambil gambar semula anda hanya perlu mengedit. Kelas tutorial ini di pos kan ke laman facebook PEDi Napoh untuk rujukan umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: