Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Advokasi KDB Bersama Guru
12 November 2016 | Aktiviti TerkiniKursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Advokasi KDB Bersama Guru dianjurkan pada 11 November 2016, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Napoh, Kedah. Program ini disertai oleh Guru Taska Daerah Kubang Pasu.
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam cara menjaga keselamatan maklumat peribadi di media sosial dan membudayakan internet secara positif. Di samping itu, Program KDB dilaksanakan untuk memperkenalkan peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada orang awam. Program juga diselitkan dengan Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada guru-guru taska. Seterusnya, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan sekolah-sekolah dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: