Kursus Pemasaran Dalam Talian Agro Bazar.Com & Advokasi KDB Bersama Usahawan IKS
19 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniBertarikh 17 dan 18 Oktober 2016, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Napoh, Kursus Pemasaran dalam Talian Agro Bazar. Com dan Advokasi KDB diadakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan IKS dibawah Agro Bazar.
Manfaat yang boleh diperolehi daripada kursus ini ialah peserta dapat mempelajari ilmu mengenai keusahawanan. Di samping itu, kursus ini dapat menyemarakkan semangat bekerjasama dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Serta dapat menjana idea-idea baharu dan bertukar maklumat. Selain itu, dapat saling bertukar pandangan, maklumat dan cadangan untuk mempertingkatkan kualiti produk.
Seterusnya, kursus ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum dan mengharumkan nama negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: