Aktiviti Bersama Komuniti (Bantuan kepada Mangsa Banjir Penduduk Pantai Timur)
12 Januari 2015 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 11 Januari 2015, Pusat Internet Napoh telah menjalankan kerjasama dengan komuniti RTC Napoh untuk membungkus barangan seperti pakaian dan makanan yang didermakan oleh penduduk sekitar kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Pemberian barangan ini hasil derma daripada penduduk sekitar yang ditempatkan di tapak ekspo dan di Pejabat Penghulu. Barangan yang akan diberikan kepada mangsa banjir diperiksa dan dilabelkan terlebih dahulu mengikut kategori. Usaha dan kerjasama ini merupakan penghantaran untuk kali kedua daripada pihak RTC kepada mangsa banjir Pantai Timur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: