Mini Karnival Kerjaya Dan Keusahwanan Kerjasama Dengan PI Daerah Yan
14 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniBertarikh 13 Disember 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Napoh telah bekerjasama dengan PI Daerah Yan dalam menjayakan program Mini Karnival dan Keusahawanan bagi memperkasakan komuniti Daerah Yan dari segi eco-pelancongan, ekonomi dan sebagainya. Karnival ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan bagaimana untuk mempromosikan produk tempatan dan cara mendaftarkan perniagaan dengan bengkel yang diadakan.
Aktiviti sampingan yang diadakan ialah Taklimat Keusahawanan dan SSM, Cycling Hunt Yan Challenge 2015, Karnival Kerjaya, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Ceramah Agama, Gerai dan Jualan, Cabutan Bertuah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan usahawan Daerah Yan dengan ICT. Selain itu, program ini juga mendedahkan komuniti dengan medium atau agent promosi internet serta mendedahkan kepada semua dengan pengetahuan ICT menerusi program Jejak Jalur Digital (JJD).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: