Kajiselidik (Government Online Service) Dengan Kerjasama UKM & KKM
06 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniBertarikh 5 Mac 2017, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Napoh, Kajiselidik GOS (Government Online Services) Dengan Kerjasam UKM dan KKM telah dijalankan untuk mengetahui dan memupuk kesedaran ict kepada golongan muda mahupun tua.
Manfaat yang boleh diperolehi dari kajiselidik ini ialah peserta dapat mempelajari ilmu mengenai teknologi maklumat masa kini. Di samping itu, lawatan ini dapat menyemarakkan semangat bekerjasama dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Serta dapat menjana idea-idea baharu dan bertukar maklumat. Selain itu, dapat saling bertukat pandangan, maklumat dan cadangan untuk memperbaiki sistem pengurusan pada masa hadapan.
Seterusnya, lawatan ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum dan mengharumkan nama negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: