Program E-Usahawan Jerlun
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini telah diadakan pada 14 Oktober bertempat di Pusat Internet Jerlun bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Seramai lebih kurang 18 orang pelatih Giat Mara Kuala Kedah telah menyertai program ini. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai bidang kursus seperti automotif, urutan dan kecantikan serta jahitan. Program ini mendedahkan para pelatih mengenai teknik-teknik berniaga secara online.
Teknik pemasaran yang berkesan dan cara-cara menjalankan perniagaan secara online. Diharapkan kursus yang didedahkan kepada para pelajar ini akan menjadi satu batu lonjakan kepada mereka untuk memulakan perniagaan secara online kerana amat memerlukan modal yang rendah dan capaian internet yang mudah walau dimana sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: