Program Usahawan Bersama Lazada
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Usahawan Bersama Lazada adalah program kerjasama MCMC dan pihak lazada Malaysia untuk membuka peluang memasarkan produk usahawan tempatan di portal membeli-belah secara online iaitu Lazada.com.
Program ini telah diadakan di Pusat Internet Napoh bermula pada pukul 9.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari dengan kehadiran seramai 27 orang usahawan. Di dalam program ini pihak Lazada Malaysia telah memberikan penerangan dan tunjuk ajar cara-cara memasarkan produk para usahawan ini di portal lazada. Program sebergini diharapkan dapat membantu para usahawan tempatan untuk melebarkan sayap dalam dunia perniagaan yang lebih luas dan tanpa sempadan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: