Program Online Marketing & KDB Giat Mara Jerlun
30 April 2018 | Aktiviti TerkiniProgram online marketing& KDB bersama para pelatih Giat Mara Jerlun ini telah diadakan pada 29 April 2018 yang lalu. Program yang diadakan pada setiap tahun ini dihadiri oleh para pelatih giat mara yang terdiri dari para pelajar yang mengambil pelbagai kursus latihan kemahiran yang berbeza.
Di dalam program ini pihak pusat internet mendedahkan teknik-teknik untuk memulakan perniagaan online dengan menggunakan platform internet sebagai medium pemasaran produk. Pelbagai maklumat dan pengisian di kongsi bersama para pelajar ini yang berpotensi menjalankan perniagaan sendiri serta berupaya memberikan impak positif kepada perkembangan ekonomi dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: