My Hingaq Sport
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2018 telah berlangsungnya My Hingaq Sport di dataran RTC Napoh. Ianya adalah acara sukan dan santai yang diadakan bersama penduduk sekitar dan luar Napoh. Acara ini diadakan setiap tahun bagi menggalakkan aktiviti bersukan disamping mengeratkan hubungan sesama komuniti. Pelbagai acara diadakan diantaranya sukan pentaq, sepak raga, senam aerobik, mewarna, aktiviti masakan dan spa, serta pertandingan suara burung merbah jambul. Pihak PI Napoh telah bergabung bersama pihak KEDA untuk menjayakan program ini disamping turut sama mengadakan aktiviti Klik Dengan bijak dan e-waste bersama para peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: