No Gadjet Hour @ RTC Kedah
17 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniProgram No Gadjet Hour ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Wanita Negeri Kedah dan LPPKN bersama Pusat Internet 1 Malaysia Napoh yang dijalankan dari pukul 9.00 pg sehinggalah 12.30 tghr. Pelbagai pengisian di dalam program ini yang bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meninggalkan sebentar sebarang jenis gadjet dengan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Di antara aktiviti yang di sediakan adalah peraduan mewarna ibu bapa bersama anak-anak. Permainan semakin dekat semakin sayang, pertandingan masakan dan Kempen Klik Dengan Bijak. Program yang berlangsung 3 jam setengah ini diharap dapat merapatkan hubungan kekeluargan sekaligus dapat menghindar dari gejala negatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: