Majlis Pelancaran OP Selamat
09 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniMajlis pelancaran op selamat di adakan bersempena tahun baru cina bertempat di Dataran RTC KEDA Napoh. Tujuan Majlis ini di adakan adalah untuk mewar-warkan kepada masyarakat bahawa operasi op selamat bakal dijalankan di seluruh Malaysia untuk mengurangkan jumlah kemalangan bersempena dengan ketibaan musim perayaan. Pelbagai aktiviti diadakan dalam memeriahkan program ini diantaranya adalah perasmian oleh CP Dato Zainal Abidin B. Kasim iaitu Ketua Polis Kedah, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Pertahanan awam, Bomba, JPJ, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Di samping itu juga terdapat perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, pembayaran saman, semakan senarai hitam dan lain-lain lagi. Selain mewar-warkan kepada masyarakat tentang operasi yang bakal dijalankan ini, program seperti ini dapat memberikan peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya mematuhi keselamatan jalan raya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: