Kelas Iklan Kreatif (Poster My Wall)
23 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan bersama para peserta yang berumur 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Hosba. Selain untuk memenuhi aktiviti cuti sekolah ianya juga adalah sebagai pembelajaran teknik baru dalam ICT. Kelas iklan kreatif ini bertujuan mengasah bakat para peserta untuk menghasilkan iklan-iklan yang menarik untuk menarik perhatian pembaca bersesuaian dengan sesuatu tujuan, termasukkan menyediakan tajuk-tajuk yang bersesuian dengan perkara yang ingin disampaikan. Teknik-teknik penulisan juga di tekankan supaya tidak terdapat kesalahan dalam penggunaan bahasa. Oleh itu, bukan sahaja mengasah bakat tetapi ianya juga adalah teknik pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: