Kids Cooking Class-Popia Vietnam
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti Sempena cuti persekolahan pada kali ini adalah kelas memasak yang dijalankan bersama ahli pusat internet yang berumur 9-12 tahun. Aktiviti ini dijalankan secara santai bermula pada pukul 9.00 pagi hinggalah 1.00tengahari. Di dalam aktiviti ini para peserta menghasilkan sendiri popia Vietnam berdasarkan bahan-bahan yang telah disediakan dengan menonton cara pembuatan kueh tersebut di Youtube.
Kelas yang dianjurkan seperti ini dilihat berupaya merapatkan hubungan antara ahli dan staf pusat internet. Disamping itu, kemahiran berkreatif dan minat memasak juga dapat dilihat diantara ahli yang hadir ini. Selain melakukan aktiviti secara santai kelas ini berupaya mendidik para ahli supaya mengunakan internet secara lebih positif seperti mencari resepi dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: