Program CSR Smart ICT Bersama SK Hosba
19 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram CSR Smart ICT adalah kelas yang mendedahkan kaedah pengunaan Aplikasi Komputer yang meliputi Ms Word, Ms Power Point, dan Excel. Program ini diadakan bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Para peserta kursus ini adalah terdiri dari pelajar darjah 4,5,6 dari Sekolah Kebangsaan Hosba.
Program yang dijalankan ini mendapat kerjasama daripada pihak pelajar Universiti Utara Malaysia dalam melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk setempat. Seramai 20 orang murid-murid telah menghadirkan diri dan telah mendapat permintaan untuk dilanjutkan pada hari yang lain. Oleh itu, pihak pusat internet amat berbesar hati untuk membantu penduduk setempat selaras dengan matlamat penubuhan Pusat Internet untuk merapatkan jurang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: