Taklimat Media Sosial Dan Perlindungan Data Peribadi
26 November 2019 | Aktiviti TerkiniTaklimat media sosial dan perlindungan data peribadi telah diadakan di Kolej Pembantu perubatan Alor Setar pada 25 November yang lalu. Taklimat ini diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang kesedaran untuk menggunakan media soaial ke arah yang lebih positif berikutan pelbagai jenayah kini bermula di media sosial.
Selain itu, pendedahan tentang keselamatan data peribadi juga turut didedahkan kepada para pelatih agar mereka merahsiakan data peribadi dan mendedahkan data peribadi masing-masing dengan betul supaya tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa yang meminta agar data tersebut tidak di eksploitasi oleh pihak tertentu. Hal ini berikutan pelbagai perkara jenayah sering terjadi bermula dimedia sosial dan juga mengunakan data peribadi yang sering didedahkan di media sosial dan laman web palsu untuk melakukan pelbagai penipuan dan unsur-unsur jenayah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: