Kursus ICT Individu (Ms Office)
6 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ICT Individu telah dijalankan pada 5 Disember yang lalu bertempat di Pusat Internet Komuniti Napoh. Kandungan Kursus ini adalah merangkumi ms word, ms excel dan Power Point secara yang lebih “advance” untuk membantu dalam tugasan di pejabat yang lebih sistematik. Kursus ini dijalankan dalam tempoh masa satu jam dimana telah memampatkan kandungan kursus yang padat. Kursus ini bertujuan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah sedia ada untuk menjadi lebih baik dengan mendalami lebih lagi setiap aplikasi yang telah sedia ada. Kursus ini amat berguna untuk mengendalikan data dan membuat laporan dalam tugasan harian. Peserta kursus pada kali ini adalah seorang penjawat awam yang memerlukan kursus ini bagi meningkatkan kefahaman bagi menghasilkan laporan yang lebih baik, sistem penyimpanan data yang lebih sistematik dan menghasilkan slide pembentangan yang lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: