E-Kelas
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniBuat pertama kalinya program E-Kelas telah diadakan pada 6 Mac yang lalu setelah proses pendaftaran yang dijalankan pada 5 Mac 2020. Seramai 22 orang pelajar tahun enam telah menyertai kelas ini dan 2 orang pelajar tingkatan 3. Para pelajar kelihatan sangat teruja dalam menyertai kelas ini kerana proses pembelajaran diadakan secara online dan mereka juga boleh berkomunikasi bersama guru ketika belajar.
Pada tarikh tersebut subjek yang diajar adalah Bahasa inggeris dan subjek yang lain akan dijalankan pada tarikh yang berikutnya. Program pembelajaran seperti ini bukan sahaja menarik tetapi ianya juga mengunakan teknologi yang sepatutnya diadakan selaras dengan zaman teknologi sekarang agar dapat merapatkan jurang digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: