Kelas Ms Power Point
9 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Ms Power Point pada minggu ini adalah memfokuskan kaedah menghasilkan slide untuk pembentangan kerja kursus persekolahan. Sebelum ini pembentangan di bilik darjah bagi sebarang tugasan adalah dengan menggunakan kertas manjung dan dibentangkan secara manual. Oleh itu mereka digalakkan untuk mengunakan slide power point selaras dengan peredaran zaman dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam teknologi.
Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Internet Malaysia Napoh selama empat jam bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari telah memberikan pendedahan yang lengkap tentang pengunaan aplikasi ms power point.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: