KDB Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
30 November 2020 | Aktiviti TerkiniProgram KDB iaitu kebebasan bersuara bukannya kebebasan berbohong telah dijalankan secara LIVE mengunakan aplikasi Streamyard melalui Facebook Pusat Internet Komuniti Napoh telah dijalankan pada 29 November yang lalu bagi menyampaikan mesej dalam kempen ini bagi membendung penularan berita palsu. Disamping itu juga Kempen yang dijalankan ini mendidik masyarakat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak ditentukan kesahihannya.
Kebelakangan ini, banyak berita palsu yang telah tersebar di internet secara berleluasa telah mendatangkan kesan buruk terutamanya panik kepada orang awam. Hal ini akan mendatangkan kesan yang buruk dan menyusahkan banyak pihak oleh itu dengan menjalankan kempen seperti ini diharap dapat membendung dan mendidik masyarakat supaya lebih bijak dalam mengunakan teknologi dan tidak berkongsi sevarang berita sesuka hati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: