Kelas ICT Individu
20 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai yang lalu telah berlangsungnya kelas ICT secara individu berikutan permintaan dari komuniti setempat. Kelas ICT individu diadakan setelah kelas secara beramai-ramai tidak akan dijalankan buat sementara waktu bagi membendung wabak Cov-19 kini. Selain itu pusat internet akan mengaturkan jadual selanjutnya sekiranya mempunyai permintaan bagi kelas ICT kepada komuniti sekitar. Kelas yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet telah dijalankan selama satu jam bermula 10 pagi sehinggalah jam 11 pagi. Kandungan bagi kursus kali ini adalah Microsoft Word dan CANVA untuk merekabentuk sesuatu iklan secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: