Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniBengkel MIV Bersama Komuniti telah berlangsung secara serentak di seluruh negeri pada 5 september 2020 bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tghr. Pihak Pusat Internet Napoh juga terlibat dalam program ini dengan disertai oleh empat orang sukarelawan. MIV adalah satu platform sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam Komuniti. Bengkel kali ini mengandungi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Sukarelawan, “Penerangan mengenai Klik Dengan Bijak dan Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”. Bengkel yang dikendalikan oleh pihak MCMC dimana dijalankan secara online di seluruh negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: