Kelas ICT Individu (Asas Ms Word)
25 November 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT individu telah dijalankan selama sejam bertempat di Pusat Internet Komuniti Napoh pada 25 November yang lalu. Kandungan kelas ini adalah asas pengunaan Ms Word untuk menyiapkan laporan aktiviti persekolahan. Di dalam kelas ini Staf PIK telah memberi tunjuk ajar yang padat dan mapan selama sejam bagi mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mengelak penularan wabak covid19. Penggunaan Ms Word adalah sangat penting bagi melengkapkan semua tugasan persekolahan mahupun sebarang tugasan lain dan boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur. Oleh itu, penguasaan aplikasi ini sangatlah penting.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: