Kelas Cara Menghasilkan “Google Form” Live di Streamyard
21 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniSituasi Pandemik Covid19 kini semakin meruncing dengan jumlah jangkitan mencecah ribuan setiap hari, Oleh itu pelaksanaan kerajaan untuk menunda tarikh kemasukan ke sekolah ke tarikh yang belum ditentukan menyebabkan ramai para pendidik mengambil inisiatif untuk memulakan sesi pembelajaran secara di dalam talian agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, sistem pembelajaran secara di dalam talian adalah suatu teknologi yang diguna pakai pada masa kini menyebabkan para ibu bapa juga turut perlu mempunyai kemudahan yang diperlukan bagi menjamin kelancaran proses pembelajaran ini. Selain sistem pembelajaran mengunakan teknologi Zoom,Webex dan sebagainya, Google Form juga adalah kaedah pembelajaran yang mudah yang boleh digunapakai di dalam telefon pintar walau di mana-mana sahaja bagi menjawab soalan yang dihasilkan oleh guru. Oleh itu, Pihak Pusat Internet Komuniti mengadakan tutorial cara-cara menghasilkan Google Form untuk menghasilkan soalan. Kaedah ini lebih memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Kelas tutorial ini diadakan selama sejam iaitu bermula pada pukul empat petang dan berakhir jam lima petang secara live di facebook PIK Napoh dengan mengunakan aplikasi streamyard.com.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: