Kelas Ms Word
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniUntuk menghasilkan laporan yang terbaik bukan sahaja bergantung kepada maklumat untuk dimasukkan kedalam laporan tetapi juga bergantung kepada format laporan yang kemas dan cantik. Untuk kelas pada kali ini, Pihak PIK Napoh telah dikunjungi oleh salah seorang staf Arked Negara Malaysia yang sedang bekerja dari rumah untuk menyiapkan laporan tahunan jabatannya. Sebelum ini beliau hanya mengedit kembali laporan yang lama dalam laporan yang sebelumnya. Pada kali ini beliau mempelajari kaedah menghasilkan laporan yang lebih kemas dan cantik mengikut format laporan yang baru hasil carian di Internet. Bagi memantapkan kemahiran beliau lagi, beliau mempelajari ms word dengan lebih mendalam dengan mempelajari setiap fungsi dalam toolbar dan menu-menu di dalam ms word. Oleh itu, beliau memilih untuk menaip semula laporan yang di inspirasikan dari carian di google. Kelas ini berlangsung selama sejam iaitu bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00pagi. Masa kelas yang singkat ini adalah untuk meminimumkan masa bersemuka bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: