Aplikasi Zoom Meeting
28 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKetika tempoh PKP ini kaedah berinteraksi yang efektif bagi mengelak penularan virus covid19 adalah secara alam maya. Pelbagai aplikasi yang boleh digunakan di internet untuk berhubung secara maya diantaranya adalah zoom meeting. Salah seorang ahli PIK Napoh mempelajari aplikasi ini untuk berinteraksi degan para pekerjanya yang berada di daerah lain. Ketika ini kaedah bekerja dari rumah adalah cara terbaik untuk membendung virus ini dari merebak. Kelas ini diadakan secara individu melalui temujanji awal dan dijalankan pada 27 Mei yang lalu selama sejam iaitu bermula pada pukul 11.00pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: