Program “Talk Show”
27 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniProgram “Talk Show” telah dijalankan secara live di facebook PIK Napoh pada 22, 24, 26 Jun lalu. Program ini bagi menyediakan aktiviti berfaedah bagi menyalurkan maklumat kepada komuniti sekitar. Pada 22 Jun telah diadakan “Talk Show” berkaitan fungsi dan peranan Pusat Aktiviti Warga Emas yang telah ditubuhkan oleh NGO. Pada 24 Jun pulak telah diadakan “Talk Show” bersama PIK Napoh, Jerlun dan Kodiang bagi membincangkan isu Buli Siber dan “Oversharing” manakala pada 26 Jun adalah talkshow bersama guru kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara bagi membincangkan isu-isu PDPR yang sedang dijalankan kini. Segala kupasan dalam program tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: