PDPR Online
5 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniSalah seorang ahli pusat internet komuniti, Dhia Sarah Binti Rukaini yang berumur Sembilan tahun sering mengunakan kemudahan Pusat Internet Komuniti Napoh bagi menjalankan Pengajaran dan pembelajaran di rumah(PDPR) disebabkan akses internet yang kurang mendapat liputan dikawasan rumahnya. Disamping itu juga ketika menjalankan PDPR dengan mengunakan komputer adalah lebih fleksibel katanya berbanding dengan mengunakan telefon pintar disebabkan skrin yang lebih besar dan senang dilihat ketika menyalin nota dan membuat rujukan. Dengan mengunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet beliau amat mengharapkan dia tidak akan ketinggalan dalam pelajarannya. Oleh itu, Pihak Pusat Internet Komuniti amat mengalu-alukan penduduk sekitar untuk mengunjungi Pusat Internet Komuniti bagi mendapatkan perkhidmatan berkaitan ICT disepanjang tempoh PKP ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: