Pengenalan Kepada Internet Untuk Pembelajaran Secara Online
3 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniProgram pengenalan kepada internet telah dijalankan bersama beberapa pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini. Program ini telah dihadiri oleh beberapa orang pelajar dalam jumlah kapasiti 5 orang dalam satu masa bagi mematuhi SOP dan mengelak penularan wabak covid19. Program ini diadakan bagi mendedahkan pelajar tentang internet dan penggunaan komputer bagi persiapan untuk sesi persekolahan secara online di rumah. Disamping itu juga pelbagai website pembelajaran secara online didedahkan bagi mengalakkan pelajar mengunakan internet dengan sebaiknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: