Kelas Ms Word Individu
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ms word Individu adalah kelas latihan yang dijalankan secara individu dengan pengajaran yang lebih terperinci. Kelas ini mengambil masa dua jam iaitu bermula pada pukul 10.00pagi dan berakhir jam 12.00tengahari. kelas yang dijalankan pada 20 Mac ini telah dijalankan bersama pelajar sukan payung terjun bebas. Pelajar ini perlu menyiapkan laporan aktivitinya setiap kali program sukan tamat. Oleh itu, beliau merujuk kepada PIK Napoh untuk mendapatkan khidmat latihan berkaitan ICT terutamanya ms word bagi menyiapkan laporannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: