Kelas Kemahiran Menaip
22 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas kemahiran menaip adalah salah satu kelas dalam kategori aplikasi MS Word. Kelas ini selalu diadakan bersama ahli PEDi Napoh yang berumur 7 hingga 12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan latihan agar para pelajar mahir menaip dengan mengunakan papan kekunci dan juga dapat menguasai aplikasi MS Word dengan baik. Kelas ini di mulakan dengan mencari gambar di internet untuk diletakkan di ms word sebelum memulakan karangan. Kaedah mencari gambar di internet juga adalah termasuk di dalam salah satu latihan dalam bidang menguasai internet seperti mencari gambar-gambar di google, save, copy dan paste. Walaupun latihan ini tujuan utama adalah untuk menguasai aplikasi ms word tetapi pada masa yang sama para pelajar dapat mempelajari kaedah mencari maklumat di internet. Kelas yang diadakan ini bukan sahaja termasuk dalam kategori menguasai ms word tetapi juga penguasaan internet juga diselang selikan agar pelajar dapat memperolehi pelbagai ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: