Kelas Keusahawanan Shopee
12 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniKelas keusahawanan shopee siri 2 diadakan kali kedua bersama usahawan PEDi Napoh pada 11 Ogos 2022. Kelas keusahawanan ini diadakan sebulan sekali bersama usahawan yang berdaftar dengan PEDi Napoh bagi memantapkan urusan jualan. Pada kali ini usahawan di ajar kaedah pengeposan yang mana beliau telah mendapat tempahan pertama beliau setelah baru memasarkan produknya selama 5 bulan. PEDi Napoh akan sentiasa membantu para usahawan dalam memasarkan produk secara online dan sentiasa memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: