Latihan MS Word
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniLatihan asas ms word bersama ahli PEDi Napoh diadakan selama satu jam bermula pada pukul 10.00pagi dan berakhir jam 11.00pagi pada 26 mac yang lalu. Latihan yang diadakan secara individu ini telah mendapat temujanji awal oleh waris. Keadaan covid19 kini para waris lebih selesa sekiranya menghantar anak-anak melalui latihan secara individu berbanding latihan yang diadakan sebelum ini melalui kelas latihan secara beramai-ramai. Kami dipihak PEDi Napoh amat terbuka untuk menerima sebarang cadangan dari komuniti sekitar demi meneruskan penyampaian ilmu ICT kepada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: