Advokasi KDB PT3 Kerjasama MCMC (Anjuran bersama PI Kedah Maxis Zon 2)
04 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 3 November 2016 diadakan Advokasi KDB PT3 Kerjasama MCMC (Anjuran bersama PI Kedah Maxis Zon 2) yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior. Program ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kedah. Tujuan utama kursus ini ialah untuk mempelajari Klik Dengan Bijak melalui siri pelajaran mudah.
Manfaat yang boleh peserta perolehi dari kursus ini ialah peserta dapat mempelajari cara untuk memberi taklimat dan ilmu mengenai KDB. Di samping itu, peserta dapat mempelajari teknologi asas yang mampu meningkatkan peluang seseorang individu untuk penglibatan sosial dan ekonomi sara diri. Selain itu, peserta dapat menimba ilmu cara berkomunikasi dan bekerjasama dalam kegiatan sosial. Manfaat yang lain, peserta dapat mempersiapkan diri dengan ilmu dan dapat membezakan perkara baik dan buruk dalam menggunakan ICT.
Seterusnya, kursus ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum dan mengharumkan nama negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: