Program My Rezeki Fest
5 April 2015 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2015, Pusat Internet telah terlibat dalam Program myRezeki Fest. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk merebut peluang bekerja, berniaga dan belajar. Aktiviti dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.0 petang. Program ini dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB. Aminuddin Bin Omar. Terdapat 60 Majikan yang terdiri daripada agensi majikan dan syarikat, 10 daripada institusi pengajian dan 10 daripada agensi perniagaan. Dengan pembukaan booth ini, ia mampu menarik seramai 700 orang pengunjung pada hari tersebut. Pusat Internet Napoh juga telah membuka booth di tapak myRezeki Fest. Booth PI menyediakan pendedahan Klik Dengan Bijak (KDB0 secara walk in, pendaftaran keahlian dan pendedahan membuat resume yang betul. Booth PI juga menyediakan perkhidmatan mencetak resume. Membuat gambar berukuran passport dan photostat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: