Online Marketing Giat Mara Alor Setar
13 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2016 diadakan Online Marketing Giat Mara Alor Setar yang bertempat di Giat Mara Alor Setar. Program ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kedah. Tujuan utama kursus ini ialah untuk mempelajari asas Online Marketing melalui siri pelajaran mudah.
Manfaat yang boleh peserta perolehi dari kursus ini ialah peserta dapat mempelajari cara untuk memberi taklimat dan ilmu mengenai keusahawanan. Di samping itu, peserta dapat mempelajari teknologi asas yang mampu meningkatkan peluang seseorang individu untuk penglibatan sosial dan ekonomi sara diri. Selain itu, peserta dapat menimba ilmu cara berkomunikasi, bekerjasama dan mencipta produk seperti menangkap gambar produk, edit gambar, brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau permulaan dan pengurusan perniagaan kecil.
Seterusnya, kursus ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum dan mengharumkan nama negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: