Hari Sukan Negara 2016 (Bersama Pusat Internet 1 Malaysia Napoh)
09 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2016 diadakan program Hari Sukan Negara. Program ini dijalan serentak seluruh Malaysia. Tujuan utama program ini ialah untuk menggalakkan aktiviti bersukan disamping menyihatkan badan serta menyemarakkan semangat kesukanan dan semangat kecintaan akan tanah air.
Manfaat program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik. Sekali gus dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia ini. Di samping itu, dengan mengamalkan aktiviti sihat serta dapat mencergaskan mental dan fizikal seseorang. Seterusnya, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: