Pengurusan Kewangan Dalam Perniagaan (Program Satu Hati bersama Warga Emas) Anjuran UUM & Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu dengan kerjasama PI Napoh.
29 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniBertarikh 28 Oktober 2016, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Napoh, Kursus Pengurusan Kewangan Dalam Perniagaan diadakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan IKS dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Manfaat yang boleh diperolehi daripada kursus ini ialah peserta dapat mempelajari ilmu mengenai keusahawanan. Di samping itu, kursus ini dapat menyemarakkan semangat bekerjasama dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Serta dapat menjana idea-idea baharu dan bertukar maklumat. Selain itu, dapat saling bertukar pandangan, maklumat dan cadangan untuk mempertingkatkan kualiti produk.
Seterusnya, kursus ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum dan mengharumkan nama negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: