Perasmian RTC Napoh
26 April 2014 | Aktiviti TerkiniRTC Kedah yang terletak di Napoh menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan aktiviti perniagaan untuk kemudahan orang ramai berurusan. Disamping itu, fasiliti yang disediakan juga bersesuaian bagi kemudahan seisi keluarga berkunjung ke RTC Kedah. Komponen yang terdapat di RTC Kedah adalah seperti berikut:-
1. TEKUN Nasional
2. Kios Informasi 1 Malaysia
3. Jabatan Imigresen Malaysia
4. Klinik 1 Malaysia
5. Jabatan Pendaftaran Negara
6. Jabatan Pertahanan Awam
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
8. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
9. Pusat Latihan
10. Pusat Internet 1 Malaysia
11. Restoran / Gerai Usahawan
Dirasmikan pada 24 April 2014 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Penubuhan RTC adalah sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar dan merupakan pemacu serta pelengkap kepada Program Transformasi Luar Bandar yang bertujuan untuk mempercepatkan peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.
RTC mempunyai sebanyak 8 inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian / jabatan dan agensi yang berkaitan bagi membangunkan kawasan luar Bandar. Antara 8 inisiatif serta kementerian peneraju bagi setiap inisiatif adalah seperti berikut:-
1. Latihan Kemahiran – Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
2. Kios Informasi 1 Malaysia – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
3. Pertanian Bernilai Tinggi – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
4. Pemprosesan Produk Agro Makanan – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
5. Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
6. Kerjasama Universiti – Kementerian Pendidikan
7. Perkhidmatan Kesihatan 1 Malaysia – Kementerian Kesihatan
8. Kemudahan Pembiayaan Kewangan – Kementerian Kewangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: