Free Market Hosba (Gabungan Bersama PI Napoh Dan NGO)
02 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniBertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, Pusat Internet 1 Malaysia Napoh dengan kerjasama badan NGO telah mengadakan Free Market Hosba. Matlamat utama program adalah untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadhan dengan golongan yang tidak berkemampuan dengan pemberian pakaian yang terpakai, perabot, peralatan dapur, alat permainan, makanan dan minuman. Program ini bermula selepas solat Jumaat pada jam 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.00 tengah petang.
Disamping itu, program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam untuk mensyukuri nikmat yang ada dan melakukan amal kebaikan dengan membantu insan yang tidak berkemampuan. Selain itu, ia juga dapat mendidik orang awam agar membudayakan amalan berkongsi rezeki dengan insan yang tidak berkemampuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: